hak milik ; Wawa Arabella

Wednesday, October 20, 2010

disaat aku berbicara tentang CHENTA

hmm , hari hari yang aku jalani sangat indah . terima kasih yang ta terhingga buat ♥dzulfadhli kerana sudi meluangkan masa bersama . walaupun masing-masing dah keje , tapi kita tetap saling berhubung kan ? rindu . hee~ gedik jee lebih . dah dua hari berturut-turut nanges sebab terlampau sayang laa katakan . hee ~ sampai satu malam tuu abg pun menangis kan ? kiteorang nie tatau laa nak cakap macam mana . kalau gaduh tuu , tayah cakap laa . tapi bila datangnya kebahagiaan tuu depan mata , kalah kisah LAILA&MAJNUN . bahagia nya tuu tatau nak cakap macam mana . aku ta pernah rasa bosan pun dengan dia . dia memang seorang sahabat , kekasih dan tunang yang terbaek . rasa bertuah sangat ada disamping dia . hee , tidak ketinggalan jugak , dia merupakan salah seorang pengganas dalam pergaduhan aku =) bila gaduh jee , faham-faham sendiri laa . HAHA . tapi ta kesah , dia nie memang lembut hati . jarang sangat nak tengok dia mengamuk . nak jugak tengok dia mengamuk macam mana . *entah-entah lepas kawen , hari-hari mengamuk kowt . hehe . gurau jee abg =)


bila kenang balik zaman cinta monyet kiteorang sangat best . yeelaa , dari ta pernah bertegur bule jadi kawan . dah kawan bule jadi skandel . padahal dah ada pasangan masing2 masa tuu . tapi serius laa aku cakap , memang aku dah jatuh hati dengan dia . cara dia layan aku , cara dia bergurau dengan aku , cara dia pandang aku . haisshh . kecairan aku masa tuu Tuhan jee yang tahu . ta sangka pulak dalam maen-maen nyee kiteorang nie , dah jadi tunang dah pun . takan pernah terpadam memori bersama dia . dia lah insan yang paling BERHARGA yang melengkapi kehidupan aku . aku memang sayangkan dia . aku ta pernah tipu . kenangan yang aku lalui dengan dia lah yang buatkan aku ta pernah menyesal untuk bersama dengan dia buat kali kedua . dan aku harap , pertemuan aku dan dia ini kekal sampai ke akhir hayat . aku cuma ada dia dalam hidup aku .


sayang aku dekat dia tade siapa yang peduli . chenta aku untuk dia , tade siapa yang bule tembusi . HAHA . ayat nak tangkap leleh . walaupun banyak lagi lelaki yang ada diluar sana , aku tetap pandang dia . sebab dia LELAKI IDAMAN aku . aku memang tunggu dia sejak aku form 3 lagi . mungkin sebab sayang aku dekat dia ta pernah hilang , Allah izinkan aku berjumpa balik dengan dia melalui MYSPACE . *terima kasih abg sebab sudi cari ayg balik . masa tuu , Tuhan jee tahu apa yang aku rasa . terima kasih Ya Allah kerana Kau pertemukan kami dalam bulan syawal tahun lepas . dapat jugak aku mintak maaf dekat dia masa raya . hee~ dan sekarang , aku mahukan dia terus ada disamping aku . setiap nafas aku , aku hanya menchentai dia . setiap langkah aku , aku hanya mengingati dia . setiap detik aku , aku hanya rindukan dia . hari hari aku , cuma nama dia mengiringi aku . malam malam aku , cuma diri dia yang ada untuk aku . aku sangat menchentai dia . aku takan pernah melupakan dia . aku takan keluarkan kata putus lagi . aku nak jaga hubungan aku dengan dia . aku tanak berjauhan dari dia . dia sangat bermakna dalam hidup aku . 

"Ya Allah , sesungguhnya Kau telah pertemukan aku dengan orang yang pernah aku sayang satu ketika dahulu . dan Engkau telah bukakan pintu hatinya untuk dia berubah ke arah kebaikan . Kau lindungilah dirinya , Ya Allah . Kau permudahkan lah segala urusan dia . Kau berikanlah kesempatan untuk dia berubah kepada yang lebih baik dari sebelum ini Ya Allah . jauhkanlah dia dari dihimpit kesusahan kerana setiap apa yang dia tanggung , sesungguhnya aku ta dapat menahan dari mengeluarkan air mata aku untuk nya . Ya Allah , andai aku ta kuat untuk melindungi dia dari sebarang bahaya , Kau bantulah aku untuk melindunginya , kerana aku amat menchentai dirinya . aminn ♥"
♥ DZULFADHLI ♥

2 comments :