hak milik ; Wawa Arabella

Wednesday, April 18, 2012

baby yang chumell ♥

assalamualaikum semua . hari nie aku nak kongsi sikit tentang perkembangan baby dalam kandungan , hee ~ disebabkan semalam aku dah tengok tumbesaran anak aku dalam kandungan nie , aku teringin nak share sikit ilmu yang aku tahu . manalah tahu , ada orang nak selami tentang kandungan anak dia kee kan ? hehe . first sekali , mesti lah aku nak upload gambar anak aku semalam . sangat chumill ♥
dah ada bentuk dah anak aku . semoga Allah sentiasa melindungi anak aku =)
ukee , sekarang niee aku nak share sikit pasal info tumbesaran baby sepanjang dalam perut ibu =)

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.
♥ Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Sunday, April 8, 2012

masa lapang ~

assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan .
hee~ hari nie ta ramai sangat dah pelancong . 
semua dah balik rumah masing masing ,
alhamdulillah .
tade jem jalan cameron highlands nie dah . haha
gurau jee , dan hari nie sepanjang aku ada kat kedai nie ,
aku habiskan masa dengan membaca buku buku ibu mengandung .
umy belikan aku DIARI HAMIL , soo senang laa aku nak update pasal baby aku tiap tiap minggu .
aku teringin nak scan baby , tapi buat masa niee duit ta cukup .
maklumlah , aku baru jee sambung bukak kedai balik nie .
soo , duit ta mencukupi .
harap harap baby sihat dalam perut aku nie .
hmm , nak tau buku apa yang aku baca ?
meh aku nak upload .
nie laa buku yang aku mengadap dari mula aku mengandung dulue .
sekarang dah masuk 3 bulan dah . 
tapi aku tatau macam mana kandungan aku dalam perut nie .
teringin jugak nak tengok keadaan baby aku .
tunggu appoinment dengan nurse laa 17-04 .
ta saba nak tengok baby aku yg chumell nie . hehe
perut aku dah mule nampak .
awalkan ?
sebab aku nie berisi kott .
tegang jee perut aku . dah ta bule nak main kempis cover perut macam dulue .
haha .
nampak ta perut aku yang dah mula kedepan tuu ? haha .
semua dah membesar dah weyh .
badan pun dah membesar , takut overweight jee niee .
haish , mintak mintak lah semuanya ukee .
hee~ ukey laa , aku nak sambung baca buku tadi .
na tau pekembangan anak aku dalam perut .
kalau aku rasa bosan nanti ,
aku update blog lagi ukee ?
salam kawan kawan .

Saturday, April 7, 2012

pagi hari =)

hyee dan assalamualaikum semua . hari nie terasa jari jemari ringan jee nak update blog . maklum lah , da setahun lebih blog saya niee tade penghuni nyee . maafkan saya mr.blog yg hensem . hee . hmm , hari nie pagi pagi lagi zul dah hantar aku kat umah umy . zul keje dekat habu , ta sempat nak hantar aku pegi keje . aku ingat kan pegi keje dengan umy . aboh yang siap dulue , soo pegi laa dengan aboh . dalam hati aku , kompem sepanjang pejalanan kene ceramah . haha . biasalah , telinga dah di asuh dari kecil dengar ceramah macam tuu . sebelum aku keluar dari rumah tadi , aku da cakap awal awal dekat umy . ' umy , kompem kakak kene dengar ceramah aboh dalam kereta nanti ' umy aku gelak jee . kiteorang memang selalu macam nie . kalau aboh dah mula ceramah , jangan harap lah nak berenti . ta pun kalau kiteorang sembang benda lain , tibe tibe aboh keluar dia ceramah tajuk lain . haha . aboh , aboh . tuu laa aboh saya .
sambung balik cerita tadi , aku pun naik laa kereta aboh . belum sempat aku nak baca doa naik kereta , aboh aku dah mula bismillah dia . haha . aku pun diam lahh . sepanjang pejalanan nak hantar aku kat kedai brinchang tuu , dia ceramah . dalam banyak banyak ceramah yang dia ceramahkan aku , aku teringat ceramah  dia yang satu nie . aboh kata , ' kakak kalau kita rasa nak marah orang , tahan marah tuu kerana Allah , kita tade hak nak marah orang tuu sebab Allah pun sentiasa ada dengan dia . bila kita rasa , kita mula nak marah orang tuu , istighfar banyak banyak . ' tuu lah yang aku ingat . aku pun manusia biasa , selalu jugak nak marah marah suami aku . kadang kadang sakit pulak hati kita niee . haha . pinjam ayat wawa dalam adnan sempit 2 . 
lepas aboh ceramah tuu , terlintas dalam fikiran nie , banyak sangat dah sakitkan hati suami . walaupun tiap-tiap malam sebelum tidur aku minta maaf dekat suami aku , tapi masih lagi rasa bersalah . yeala , dah laa aku tengah mengandung nie . kalau zul ta maafkan aku , susah aku nak bersalin . tape lah , sekarang nie , aku kene cuba jadi yang terbaik kan ? doakan aku kawan kawan . hmm , kedai pun da bukak , orang pun da ramai . aku undur diri dulue yee . ade masa nanti , aku update blog lagi . sebelum aku undur diri , teringin jugak aku nak letak gambar hero dan heroin aku sampai sekarang . hee ♥

 kakak sayang umy & aboh kakak nie ♥

umy ♥ aboh

Friday, April 6, 2012

3 bulan ♥

alhamdulillah , hari nie baby saya dah masuk 3 bulan . seronoknyee . baru jee mengandung belum besalin lagi dah teruja cam gini . haha . tepat usia 12 minggu dah kandungan aku . rasa macam sekejap jee . aku ada baca satu blog tentang perkembangan janin dari minggu ke minggu . aku pun tengok lah minggu ke-12 . lapang jee hati membacanya . hee . dalam blog tuu kata ,

Minggu ke-12 :


Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin bisa jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram.

Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.


kecik sangat lagi baby dalam perut aku niee .
 sayang anak ibu niee . semoga sayang sihat dan cukup makan sepanjang sayang ada dalam perut ibu tau .
Allah sentiasa melindungi dan menjaga anak ibu niee .
Ya Allah , Engkau perelokkanlah dia sepanjang dia berada dalam perut ku ini . sihatkanlah tubuh badannya , sempurnakanlah fizikal dan mentalnya . jauhkanlah dia dari gangguan syaitan .
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang .
Aminn Ya Rabbal A'laminn ♥

Tuesday, April 3, 2012

baby , baby !

baby boo ♥
alhamdulillah , lagi 3 hari usia kandungan aku da nak masuk 3 bulan .
syukur sangat , akhirnyee Allah bagi jugak aku zuriat .
sebelum pregnant berat aku 55kg , sekarang ??
haha . tayah tanye laa weyh . mendadak dadak naiknyee badan aku niee .
sekarang da cecah 63kg .
tayah gelakkan aku tau , mmg da tahap gemok da aku niee .
dulue kalau timbang berat badan kat machine tuu , still lagi OK ,
skrang nie bile timbang , dah jadi FAT . haha
aku terima keadaan aku sekarang .
janji baby aku sihat .
aminn .
ramai orang kata baby aku kembar .
sampai sekarang baru sekali jee aku scan .
masa scan tuu ta nmpk sangat ,
kecik jee lagi .
kembar pun apa salahnya , janji anak aku nanti sihat n sempurna kan ?
aminn , doa-doalahh tau .
kalau kembar , alhamdulillah sangat .
tapi aku ta kesah sangat . yg aku kesah , bialah baby aku sihat walafiat . aminn ~
dapat kembar pun chumell jugak kan ? haha =)
tape , apepun yg Allah bagi kira alhamdulillah sgt .
hmm , ukee laa . aku ade hal sikit . nnt kalau ade masa , aku update lagi yee .
tungguuuuu =)