hak milik ; Wawa Arabella

Saturday, June 16, 2012

rindu dekat mr.blogger saya yang chumell nie =)

hmm , da lama ta singgahkan diri dekat blogger nie . rindu sangat ~ maaflah , aku bz sangat . 2 minggu keje tade masa nak rehat . ramai sangat orang datang makan . ehh , diari . nak tau ta ? aku dapat tawaran temuduga kerja laa . pembantu tadbir macam tuu laa kat kem kesihatan . 2/7 nie aku pegi temuduga tuu . alhamdulillah , dah 2 tahun lebih aku tunggu . minta-minta lah aku dapat kerja kerajaan . nak cari duit bukannya senang sekarang . nak tau ta ? baby aku dah mula gerak-gerak dah . Ya Allah , tatau nak gambarkan macam mana perasaan aku nie . gembira ta terkata . seronok sangat . terima kasih Ya Allah , kerana Engkau memberi keizinan untuk aku mengandungkan zuriat didalam perutku ini . bersyukur sangat . ta sabar nak tunggu dia keluar nanti . 


'sayang ibu dalam perut nie kene kuat tau . jangan jadi macam ibu , ibu kuat nangis . haha . bila anak ibu da selamat dilahirkan , ibu harap anak ibu nie dapat menjadi seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi apa jua cabaran kat dunia nie . dunia nie hebat sangat . ta dapat nak digambarkan betapa hebatnya cabaran kat dunia nie .'


ta sabar nak tengok muka baby , nak pegang dia , nak peluk cium dia . semoga masa aku bersalin nanti , semuanya selamat . aminn . hmm , uke laa , pagi2 macam nie kene kemas rumah , kemas bilik . lepastuu , duduk dapur masak . nanti suami nak balik makan =) suami saya ada tournament futsal pulakk . 
       'semoga abg menang yee . iloveyou . balik cepat , kita makan sama-sama ♥'

Wednesday, April 18, 2012

baby yang chumell ♥

assalamualaikum semua . hari nie aku nak kongsi sikit tentang perkembangan baby dalam kandungan , hee ~ disebabkan semalam aku dah tengok tumbesaran anak aku dalam kandungan nie , aku teringin nak share sikit ilmu yang aku tahu . manalah tahu , ada orang nak selami tentang kandungan anak dia kee kan ? hehe . first sekali , mesti lah aku nak upload gambar anak aku semalam . sangat chumill ♥
dah ada bentuk dah anak aku . semoga Allah sentiasa melindungi anak aku =)
ukee , sekarang niee aku nak share sikit pasal info tumbesaran baby sepanjang dalam perut ibu =)

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.
♥ Sebab itulah bayi nampak comel ♥