hak milik ; Wawa Arabella

Wednesday, April 18, 2012

baby yang chumell ♥

assalamualaikum semua . hari nie aku nak kongsi sikit tentang perkembangan baby dalam kandungan , hee ~ disebabkan semalam aku dah tengok tumbesaran anak aku dalam kandungan nie , aku teringin nak share sikit ilmu yang aku tahu . manalah tahu , ada orang nak selami tentang kandungan anak dia kee kan ? hehe . first sekali , mesti lah aku nak upload gambar anak aku semalam . sangat chumill ♥
dah ada bentuk dah anak aku . semoga Allah sentiasa melindungi anak aku =)
ukee , sekarang niee aku nak share sikit pasal info tumbesaran baby sepanjang dalam perut ibu =)

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.
♥ Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Sunday, April 8, 2012

masa lapang ~

assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan .
hee~ hari nie ta ramai sangat dah pelancong . 
semua dah balik rumah masing masing ,
alhamdulillah .
tade jem jalan cameron highlands nie dah . haha
gurau jee , dan hari nie sepanjang aku ada kat kedai nie ,
aku habiskan masa dengan membaca buku buku ibu mengandung .
umy belikan aku DIARI HAMIL , soo senang laa aku nak update pasal baby aku tiap tiap minggu .
aku teringin nak scan baby , tapi buat masa niee duit ta cukup .
maklumlah , aku baru jee sambung bukak kedai balik nie .
soo , duit ta mencukupi .
harap harap baby sihat dalam perut aku nie .
hmm , nak tau buku apa yang aku baca ?
meh aku nak upload .
nie laa buku yang aku mengadap dari mula aku mengandung dulue .
sekarang dah masuk 3 bulan dah . 
tapi aku tatau macam mana kandungan aku dalam perut nie .
teringin jugak nak tengok keadaan baby aku .
tunggu appoinment dengan nurse laa 17-04 .
ta saba nak tengok baby aku yg chumell nie . hehe
perut aku dah mule nampak .
awalkan ?
sebab aku nie berisi kott .
tegang jee perut aku . dah ta bule nak main kempis cover perut macam dulue .
haha .
nampak ta perut aku yang dah mula kedepan tuu ? haha .
semua dah membesar dah weyh .
badan pun dah membesar , takut overweight jee niee .
haish , mintak mintak lah semuanya ukee .
hee~ ukey laa , aku nak sambung baca buku tadi .
na tau pekembangan anak aku dalam perut .
kalau aku rasa bosan nanti ,
aku update blog lagi ukee ?
salam kawan kawan .